KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN
JABATAN PERTANIAN

Keterlibatan Dalam Aktiviti Rantaian Pembekalan Dan Pemasaran Berkaitan Keperluan Makanan

Makluman Terkini

  1. Semua peniaga dan pekebun durian dari luar Daerah Raub, Pahang yang ingin memasuki Daerah Raub, perlu menjalani ujian saringan Polymerase Chain Reaction (PCR) COVID-19 sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum perjalanan dan membawa keputusan ujian saringan untuk dikemukakan kepada pihak berkuasa di Sekatan Jalan Raya (SJR) Daerah Raub sebagai bukti. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 09-355 1267/ 013-965 7293 (waktu pejabat sahaja). [ Soalan Lazim ]

  2. Pemohon yang telah mendapat Surat Pengesahan Jabatan Pertanian secara dalam talian (online) sebelum tarikh 14 Julai 2021 perlu memuat turun Surat Pengesahan terkini yang menggunakan akronim PPN melalui Sistem eGerakTani.

  3. Individu yang telah mendapat Surat Pengesahan daripada Jabatan Pertanian secara manual perlu memohon surat terkini melalui Sistem eGerakTani.

  4. Syarikat yang telah mendapat Surat Pengesahan daripada Jabatan Pertanian perlu memohon dengan MITI bagi mendapatkan surat baharu melalui Aplikasi CIMS 3.0